Tuesday, November 20, 2018

Shaklee Incentive Trip 2018 - Sawasdee Shaklee


 Korang tahu tak??

Alhamdulillah untuk tahun 2018, dapat reward Me time untuk diri ke Bangkok. Sebelum ni hanya singgah saja ke Airport Bangkok. Ini kali dapat betul betul jejak kaki ke bumi Bangkok, Thailand.


Doakan mama dapat tiket lebih next trip untuk bawa kalian pula.
 Okie dokie jom kita boarding!

Beginilah itinerary kami sepanjang di Bangkok, Thailand. 4 hari 3 malam. Kami stay dicentre heart of Bangkok, Amari Watergate Hotel. Sangat strategik. Mudah nak jalan-jalan cari makan dan shopping. Highly recommended jika kalian ke Bangkok.


Bilik dan makanan breakfast hotel pun puas hati sangat. Sungguh! Tak percaya sila la checkin di Amari Watergate Hotel.





Aarghhh kalian layan jer la gambar-gambar kami sepanjang di sana dehh. Ni yang best join trip incentive Shaklee. Best ya amatt. Dah join sekali nak berkali-kali. Seriyessss.


Tak pernah tak dapat. Duit belanja sara diri sepanjang di Bangkok untuk tempat-tempat yang tak disediakan lunch atau dinner. Baju untuk dinner pun kami dapat supaya semua dapat rasai kebudayaan masyarakat Thailand Village nanti.







 


Pejam celik pejam celik dah nak balik sudah. Huhu. Jumpa lagi kita di trip yang seterusnya. In shaa Allah.








Ada yang berminat nak join bisnes Shaklee dan menikmati trip layanan 5-6 star setiap tahun bersama Shaklee? Meh roger Alin ya, we raising together!


#ApaYangShakleeBeri
#ShakleeTrip

Wednesday, November 22, 2017

Shaklee Regional Incentive Trip Cruise Port Klang- Langkawi- Phuket- Penang - Port Klang, Nov 2017



Yehaaa, Wednes-yayyy yang dinantikan sudah tiba. Petang nanti mereka berempat dan business leaders yang lain akan travel with style selama 5 hari 4 malam, cruise di atas kapal Super Star Libra. Shaklee Regional Incentive Trip kali ni bakal bawa mereka merentasi ombak Selat Melaka, dari Port Klang- Langkawi- Phuket- Penang - Port Klang.

Setiap tahun Shaklee reward free trip untuk leader. Segala perbelanjaan perjalanan ditanggung sepenuhnya, siap dapat meal allowance lagi. Best ya amat kan?

Siapa yang tak suka kan pegi melancong secara PERCUMA? Bawa badan dan duit belanja jer yang lain Shaklee tanggung 100%, dari pengangkutan, penginapan dan makan minum. 

Bermula dengan hanya berkongsi dan bantu orang lain untuk tambah nilai sihat untuk diri, keluarga dan teman-teman serta bantu ekonomi keluarga sahaja. Kini mereka mampu merasa pengalaman melancong ke dalam/luar negara secara PERCUMA setiap tahun, with style tau. Siap boleh bawa anak yang berusia 4 tahun ke atas lagi. Jika ingin hadiahkan kepada mak & ayah juga boleh. Setiap tahun ada pilihan. Janji kita buat dan usaha sampai dapat!

Tuhan pun tak kata, 'travel' ni hanya untuk orang yang kaya sahaja. Jadi mengembaralah!

Buat Puteri YusofAishah AminNurulaini Abdul Wahid dan Aliyah, enjoy your "Me Time" ya. Freshen up, rise and shine. Kasi bakar rentung kami di darat ni untuk bangkit kaw kaw fight trip tahun depan pula.

May the force be with all of us!

In shaa Allah, tahun depan lebih ramai lagi anak cucu cicit Success Super Mommies akan turut serta dalam trip free VVIP 5 Star dari Shaklee. Aamiin.

Alin dah ke Japan masa bulan May hari tuh (Baca Travelog Japan di sini). So kali ini bagi mereka pula enjoy sakan. Aarghhh mereka tak naik lagi kapal pun dah start jeles ni. Punya terasa tau aura trip shaklee ni. Best ya amatt. Dah join sekali nak berkali-kali. Seriyessss.

Ada yang berminat nak join bisnes Shaklee dan menikmati apa yang mereka dapat tak? Meh roger Alin ya, we raising together!

Sunday, November 19, 2017

Korek Rahsia Mentor naik "Roller Coster Kehidupan" sepanjang lebih 27 tahun bersama Shaklee




Hari ini berjemaah bersama Master Aishah Amin dan Master to be Widad, menyantuni ayahanda Haji Roslan Ghazali dan Ummi Fauziah Ismail di MVO, Embun Kemensah yang tenang dan mendamaikan itu.

Banyak benda yang kami korek dan belajar dari sudut pengalaman jatuh bangun mereka dalam biz sehingga kini.

Seperti bayi, bisnes pun perlu proses. Merangkak dulu. Berjalan dulu. Kemudian barulah berlari. Hanya saja sebahagian orang tidak sabar dengan prosesnya dan jatuh-bangunnya. Fikirkanlah! Hari ini, mereka terus bangkit menjadi tunggak dan berdiri di barisan paling hadapan.

Benarlah, untuk sebuah manisnya kejayaan, pengorbanan sudah pasti perlu digenggam.
Mari berjuang!

Jika terasa diri mula lari fokus dalam apa jua kita lakukan, cari lah mentor untuk tarik kita naik ke atas semula untuk berada dalam radar yang betul!

Begitulah.