Monday, October 5, 2015

Percutian PERCUMA untuk mak ayah


Alhamdulillah. Tahun ni kami berkesempatan untuk hadiahkan Shaklee International Trip kepada kedua ibu bapa kami untuk trip UMRAH/Abu Dhabi yang dijadualkan in shaa Allah pada 11-22 Dec 2015 ni (11 hari 10 malam - 3n Abu Dhabi, 3n Madinah dan 4n Mekah). Moga dipermudahkan urusan dan kesihatan mama dan baba sebelum, semasa dan selepas ke sana. 


Sangat teruja sangat dengan tempat-tempat yang bakal mereka lawati nanti. Yang paling best dapat hadiahkan mereka penginapan Hotel bertaraf 5 bintang. Paling paling best penginapan mereka ketika di Madinah dan Mekah nanti bersebelahan dengan Masjid jer. Tak payah nak berjalan jauh. Tak sabar nak dengar cerita mereka nanti.


Antara tempat-tempat yang bakal mereka lawati ketika di Abu dhabi adalah 
  • Sheikh Zayed Grand Mosque, Masjid ke-3 terbesar di dunia tau.
  • Ferari World Abu Dhabi, Amusement Park. The largest indoor theme park in the world. Walau tak akan dapat berFormula Rossa untuk naik Roller Coaster yang paling laju di sana, tetapi  sekurang-kurang mereka menikmati  Ferrari branded theme park. MAlaysia ado ke??
  • Marina Mall, Abu Dhabi. Tak sah la jalan-jalan tak shopping cenderahati kan? Buat kenang-kenangan.
Nantikan lagi cerita-cerita kisah benar sepanjang mereka di sana nanti. Bila lagi kita nak menggembirakan mak & ayah kita serta membalas jasa mereka kan? Walau tak dapt membalas jasa mereka sepenuhnya, setidaknya dapat membahagiakan mereka sepanjang trip bersama  Shaklee nanti.



Jom jom siapa nak rasa pengalaman melancong ke luar negara secara PERCUMA setiap tahun ?? atau ingin hadiahkan ibu dan ayah serta orang tersayang anda Umrah bersama Shaklee? Setiap tahun anda ada pilihan.  Tepat sangat lah kalau join sekarang !  PELUANG BISNES SHAKLEE

  • Secara sambilan atau sepenuh masa
  • Sesuai untuk wanita bekerja atau surirumah sepenuh masa
  • Sesuai untuk pelajar kolej dan universiti * modal rendah RM80 sahaja
  • peluang pendapatan 3-4-5 angka sebulan, melancong dan umrah percuma, bonus kereta setiap bulan.



:: Berminat untuk order dan / atau sertai kami? Hubungi saya ::
Azlin
Call / Whatsapp / SMS / Telegram : 019-2682709  
Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com
COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM

Sunday, September 6, 2015

PERUMPAMAAN LALAT DALAM PENGURUSAN ORGANISASI


Selagi kita hidup, kita cuma ada dua pilihan. Pertama ialah hidup dengan sumber wahyu Allah yang segar lagi menyegarkan, sejahtera lagi mensejahterakan serta tenang lagi menenangkan. Pilihan kedua ialah bersumberkan regim (fahaman jahat) syaitan yang sesat lagi menyesatkan, resah lagi meresahkan dan panas lagi memanaskan. Jika anda tidak bertakwuz dari regim syaitan, maka jangan harap anda akan mendapat hidayah Allah.

QS: 16. An Nahl 98. “Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan DENGAN ALLAH dari REGIM SYAITAN”.

Merujuk kepada pengalaman Pengurusan Tabiat Organisasi (Organizational Behavioral Management - OBM) suka kami kongsikan beberapa cabaran di dalamnya. Antaranya ialah bagaimana tabiat ahli sesebuah organisasi yang mampu menggugat keutuhan organisasi tersebut. Tabiat yang ingin kami kaitkan ini ada kaitan dengan perumpamaan lalat dan nyamuk yang telah Allah nukilkan dalam alquran dengan unik sekali. 

Sebelum ini telah kami rencanakan tabiat hebat jemaah lebah dan tabiat buruk labah-labah (laba-laba). Kali ini ingin kami huraikan tabiat lalat pula. Jika alquran diturunkan untuk memperbaiki akhlak, tentunya segala maklumat dan petunjuk yang telah Allah nukilkan dalam quran adalah terkait dengan pedoman memperbaiki akhlak, termasuklah perumpamaan yang telah Allah berikan tentang lalat ini.


TABIAT LALAT DAN PELAJARANNYA DALAM PENGURUSAN ORGANISASI

Lalat dikenalpasti sebagai serangga yang memudaratkan. Ia suka kepada segala benda yang busuk, hanyir dan berbau. Ia bergerak secara berjemaah dan membiak dengan cepat melalui telur dan ulat (maggot) yang turut memudaratkan atau merosak sumber yang di hurungnya.

Seperti ilustrasi gambar hiasan, anda dapat lihat jika lalat menghurung luka atau kudis, ia akan bertelur dan menjadikan kudis itu berulat (maggot wound). Jika ia hinggap pada buah, terutamanya yang berair (juicy) ia akan menyebabkan buah itu busuk. Jika ia hurung bunga sekalipun, akan menjadikan bunga yang indah itu menjadi bertompok-tompok dan huduh. Jika lalat hinggap pada makanan, ia akan jadi kotor dan berpenyakit.

Dari segi rumah, lalat hidup berkeliaran tanpa sarang atau rumah. Ia berbeza dari tabiah lebah yang membina rapi srangnya maupun labah-labah yang berumah dalam sarang perangkap mangsanya.

Sebagai manusia, perumpamaan ini terkait dengan perangai individu yang bersatu dengan tabiat lalat ini tidak bijak memilih sumber kehidupan. Jika sifat pemurahnya Allah kepada kita ialah atas dasar pemberian wahyu dan hidayah, maka sumber yang terkait dengan sifat lalat ini ialah sumber ilmu dan berita/hujjah. Kerana itu ayat ini dimusyhafkan dalam surah Haji (Hujjah).

Ringkasnya, orang yang tidak bijak akan suka menghurung berita/hujjah yang busuk dan tidak keruan. Mereka ini turut membawa mulut dan bertelur merata untuk membiakkan komuniti sepertinya. Jenis ahli seperti ini akan merosakkan organisasi.

Ada pula tabiat ahli yang suka mencetuskan sesuatu berita yang busuk dan hanyir untuk memanggil manusia lalat. Berita sebegini adalah satu kefasikan yang tidak berasas. Pencetus itu sendiri tahu pasti bahawa dia sedang melakukan kejahatan dan kedengkian. Mereka tahu yang usaha mereka tidak boleh pergi jauh dan satu hari pasti kefasikan dan kerja bodoh mereka akan diketahui umum, namun dilakukan juga demi mengikuti hawa nafsu jahat mereka. 

Itulah penyakit hati yang telah menjadi darah daging seorang manusia yang malang. Tabiat perosak sesebuah organisasi ini dipanggil WASWIS (pembicaraan rahsia) mengikut bahasa alquran.

“Sesungguhnya PEMBICARAAN RAHSIA ITU ADALAH DARI SYAITAN, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedang pembicaraan itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah-lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal” – QS 58 Al-Mujaadilah (wanita yang menggugat): ayat10.

Bagaimana caranya Allah tidak mengizinkan tabiat WASWIS ibarat lalat dan nyamuk ini merosak orang yang beriman? Iaitu dengan memesan orang mukmin agar bertakwuz, menolak fahaman jahat dan merahmati mereka dengan rahmat hidayah yang sangat indah dan meyakinkan.


BAGAIMANA MENGELAKKAN GEJALA LALAT

Secara muhkamat, kita boleh menghalau lalat dengan cara membersihkan kawasan atau persekitaran kita dari segala bahan atau benda yang busuk dan hanyir yang dikenal pasti menarik perhatian lalat. Keduanya kita boleh bunuh terus lalat-lalat itu dengan penyembur lalat atau membuat jaringan bagi menyekat kehadiran lalat itu sendiri.

Secara mutasyabihat dalam pengurusan sesebuah organisasi, kita harus sentiasa memerhati dan mengenalpasti serta membersihkan organisasi kita dari pencetus kerosakan ini. Keduanya, kita singkirkan mereka yang tidak berprinsip dan terus terusan suka berjemaah dengan komuniti lalat ini. 

Telah Allah jelaskan bahawa orang yang berakal dan bersih hatinya pasti boleh mengenal unsur fitnah yang Allah ibaratkan sebagai memakan daging saudara yang sudah busuk ini. Selaku ketua atau penanggungjawab organisasi anda harus tegas dan berani bertindak tanpa kompromi dengan kedua dua golongan ini. SAMA sahaja bahayanya bahan yang busuk yang menjadi tarikan lalat atau lalat yang menghurung itu sendiri.

Inilah nasihat yang kami berikan apabila kami dirujuk untuk menangani masalah perpecahan sesebuah organisasi yang berpunca dari tabiat gossip, fitnah dan WASWIS yang meruntuhkan ini. 

Perhatikan beberapa ayat dari Surah 47 Muhammad (Golongan Terpuji) ini.

29. Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahwa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka ? 

30. Dan kalau Kami kehendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu. 

31. Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan hal ihwalmu. 

35. Janganlah kamu lemah dan minta damai padahal kamulah yang di atas dan Allah pun bersamamu dan Dia sekali-kali tidak akan mengurangi pahala amal-amalmu. 

36. Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu. 


KESIMPULAN:

Dari sudut agama, ini hanya sedikit dari begitu banyak ayat ayat Allah yang menegaskan betapa kita harus bijak menilai ilmu/berita/maklumat dan pembawanya. Tidak susah untuk menilai kebenaran dan ketulinan ilmu/berita jika hati kita bersih dan sungguh-sungguh ingin mendekatkan diri kepada Allah. Selama ini kita tidak kenal Dajjal dan Syaitan, kerana itu kita gagal menjauhinya bahkan suka berkawan dengannya. Tidaklah Nabi katakan yang Dajjal itu boleh masuk ke rumah-rumah kita jika tidak kerana kejahilan kita mengenali tabiatnya.

Jadilah lebah yang bijak memilih sumber, tidak merosak bunga, membantu pendebungaan, bekerja dengan mematuhi aturan dan arahan ratu/ketua. Lebah cermat memainkan peranan masing-masing, bekerja untuk jemaah dan secara berjemaah, menghasilkan madu yang berhasiat, memberi tenaga dan menyembuhkan pelbagai penyakit.

Janganlah kita jadi seperti lalat yang menyukai benda busuk dan hanyir, menghurung apa sahaja sumber busuk tanpa usul periksa. Lalat bertelur merata-rata menghasilkan ulat yang merosak substance / sumber dengan liurnya.

Jangan juga jadi seperti laba-laba yang bersifat individualistik. Memerangkap mangsa dengan jaringnya, semata-mata untuk santapan peribadi dengan menyedut mangsa tanpa merubah bentuk asalnya. Licik dan rakus sungguh tabiat laba-laba.

Binalah Keutuhan Rumah tangga atau organisasi dengan pautan SATU DAHAN yang kukuh seperti lebah. BERJEMAAH dengan patuh dan teratur mengikut aturan pengatur/sang ratu dalam gerak kerja mencari sumber madu dari bunga yang indah dan murni.

Janganlah tiru struktur rumah labah-labah yang terdedah dan berserabut lemah. Rumah yang hanya berfungsi memerangkap dengan binaan jaringan yang memaut lemah apa saja dahan dan ranting di sekitarnya. Rumah laba-laba ini bersifat sementara sahaja, lepas dapat makanan ia suka-suka berpindah dan membuat perangkap baru pula. 

Paling penting sekali ialah pesanan agar tidak sekali-kali mengikut perangai lalat yang sentiasa berkeliaran TANPA RUMAH. Tiada sumber ilmu dan hidayah yang bertunjangkan siyyasah.

Sumber : Warga Prihatin

Monday, August 31, 2015

MY BIG WHY ~ ME-MERDEKAKAN DIRI

Salam Kemerdekaan !!!

Alhamdulillah tahun ke-2 menyambut kemerdekaan diri didunia dari Fulltime Working Mom ((FTWM) kepada Working at Home Mom (WAHM), Fulltime Housewife (FTHW) dan Fulltime Working Everywhere (FTWE)... Hahah bukan tamak tetapi kebebasan masa tu berikan flexibility untuk kita MEMILIH.

Rasanya keseimbangan antara KERJA dan KELUARGA lebih mudah kini berbanding masa Bekerja sebab kita tak terikat dengan majikan. Kalau selalu kena outstation tinggalkan anak- anak, weekend pun bekerja tak masuk meeting yang berlarutan. Aaarghh mana mungkin boleh seimbangkan?? Orang boleh kata alasan sahaja tu dan ia hanya memerlukan pengurusan masa sahaja.. tapi cuba anda bayangkan. Itu sebelum anak-anak mula bersekolah. Bayangkan kalau sudah bersekolah??? Pasti akan lebih terkejar-kejar dan boleh trigger banyak emosi jiwa raga dalam diri dan keluarga. Hahah over tak pemikiran itu?!


Itu tak termasuk lagi masa nak bermain dengan anak-anak kita, Kalau mereka pun dah terlalu penat, kita pun penat, bagaimana ingin mewujudkan masa yang berkualiti untuk membentuk mereka menjadi pewaris generasi akan datang. Masa yang berlalu semasa mereka membesar sudah passti tidak boleh diulang semula. Lagi-lagi gejala sosial semakin "bernanah" sekarang ni. Peranan ibu bapa lebih lebih mencabar. Apa yang kita PILIH untuk corakkan anak-anak kita? Ibu memainkan peranan secara PROFESIONAL.

“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar”. QS : 4. An Nisaa', 9.
Hanya TAKWIM seorang IBU, hanya keBENARan, keikhlasan kata nasihat dari seorang ibu saja yang paling murni dan berkesan terhadap pembangunan anak. Itulah hakikat “TAKWA” – iaitu bagaimana seorang ibu mengatur takwim mengasuh anak-anaknya. Itulah cara kita TAKUTkan Allah, dengan BERUSAHA melaksanakan peraturanNya. Ya, dengan tidak meninggalkan anak-anak yang lemah…! 
Ayat ni sentiasa menjadi PESAN dan KESAN di dalam hati saya


#Trowback; 1 Nov 2010
Perjalanan pencarian untuk "second income" saya bermula bersama Shaklee. Awalnya hanya sekadar part-time tanpa meninggalkan pekerjaan asal saya sebagai seorang Engineer di syarikat swasta Oil and Gas. Siapa sangka dalam masa 3 tahun saya memilih untuk BERKORBAN dan BERUBAH, saya berjaya mencapai DREAM JOB saya untuk menjadi Work@home working mom sebelum anak sulong saya Damia mula bersekolah darjah satu. Malah saya berjaya mencapai setahun lebih awal dari yang saya impikan. MasyaAllah, hebat sungguh aturan Allah itu. Bila MATLAMAT sudah jelas, IMPIAN sudah dipasak dalam diri in shaa Allah, Allah pasti bantu. 

Selepas sesi  WOHOWO Workshop dulu. Waktu itu Damia baru 2 tahun. 

#Throwback; 31 Aug 2013
Saya merancang sebelum menyerahkan surah perletakan jawatan saya pada May 2013, saya akan mencapai rank tertinggi Shaklee Master Cordinator, bersalin anak ke-3, bercuti bersalin dan seterusnya bercuti dari masuk kerja 8-6 saya. Alhamdulillah allah permudahkan dan makbulkan doa semasa saya mengerjakan Umrah ziarah Dhubai 2013 bersama Shaklee.


#Throwback; 31 Aug 2014
Setahun berlalu. Setahun yang sangat-sangat mencabar tetapi seronok. Tak senang tapi tak susah mana jika berjaya menguruskan masa. Jika dulu uruskan 2 anak, bila bertiga pastilah lebih mencabar. Semakin hari group bisnes juga semakin berkembang. Kemana sahaja anak kecil pasti dibawa demi menjayakan penyusuan 2 tahun. Penyusuan anak ke-3 ni cukup berbeza sebab tak perlu rushing mengepam dan simpan stok. Merasa la pengalaman bagaimana suri rumah ibu menyusu sambil bekerja dari rumah. Masalah  TAK CUKUP MASA memang cabaran utama sebab SAHM lebih sibuk dari FTWM. Tapi bagi saya bila kita kehilangan momentum begini, perkara pertama yang boleh dibuat adalah memulakan langkah mencatat apa perkara yang perlu diselesaikan dan diuruskan setiap hari. Tiada jalan lain. Selain itu kena bijak dan cuba-cuba setiap cara yang ada.

Hanya alasan malas sahaja yang membantutkan usaha kita. Bila sibuk dengan facebook jer memang boleh leka tu sebab perlu adanya to do list. Inilah Universiti Kehidupan!! Tak boleh lari.


#Kini; 31 Aug 2015
Masuk tahun ke-2, bila anak dah membesar cara sebelum ni mungkin ada yang dah tak sesuai lagi tapi TO DO LIST STILL IS A MUST. Lebih-lebih lagi Big WHY saya semakin hari semakin kuat dan kuat. Bakal melahirkan anak-ke-4 pada October ni dan pasti cabaran yang bakal mendatang lebih besar untuk diri, keluarga dan kerjaya. Satu lagi pengalaman Universiti Kehidupan baru akan dilalui. Semoga Allah sentiasa berikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan untuk sentiasa istiqamah dalam "BERISLAH" (berubah/pembaikan) setiap hari lebih baik untuk diri, keluarga dan bisness. 

Itu yang membentuk BIG WHY saya. Bagaimana anda? Jadilah orang yang selalu MENCERMIN DIRI SETIAP HARI. Bersihkanlah diri sentiasa agar mampu dijadikan cerminan orang lain terutama anak-anak kita. Saya tahu ramai ibu yang seperti saya juga.




:: Berminat untuk order dan / atau sertai kami? Hubungi saya ::
Azlin
Call / Whatsapp / SMS / Telegram : 019-2682709  
Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com
COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM