Sejak Presiden Shaklee, Halen Lam kongsikan itinerary Japan Trip masa Trip Shaklee Langkawi pada Oktober 2016, hati ini tak boleh tahan naww nak fight fight pulun sehabis hujung nafas untuk dapat tiket ke Jepun sepanjang cycle 2016/2017.
Alhamdulillah, Allah lorongkan rezeki untuk 1 tiket. Huhu memang rasa nak menangis tau rasa bila lepas. Sujud syukur sangat. Terima kasih juga buat Mr. Surihati, sudi berikan keizinan untuk melangkah berkilometer menikmati tour hampir keliling tempat menarik diJepun, dari Nagoya ke Tokyo. Cer google map Jepun dan tengok sendiri demograpic kawasan.
Excitedddddd sangat!
(1) Day 1 - Ni kira travel day dari KLIA-Bangkok-Nagoya. Check in jam 5.50 petang dan boarding lebih kurang jam 8.00 malam. Kami transit kat Bangkok, hilang 1 jam dari masa Malaysia. Huhu
(2) Day 2 - Kami tiba kat Nagoya Airport dalam 6.30 pagi tapi siang cerah cam dah 9.30 pagi taw. Sesampai airport serah bag masuk lori untuk hantar ke Hotel. Tuan badan masuk bas untuk segar-segarkan urat kaki tangan dan mata di Toki Premium Outlet, shopping apa yang patut sebelum redah gunung ganang untuk masuk kampung-kampung Tradisional diJepun. Shaklee awal-awal dah pesan supaya semua
"Dont be a TOURIST (PELANCONG), But be a TRAVELLER (PENGEMBARA)!"
(3) Memula kami akan bermalam di GERO adalah salah satu daripada tiga tempat paling terkenal dengan hot spa panas semulajadi di Jepun. Hotel Suimeikan terletak di Gero dan merupakan salah satu yang terbaik. Hotel tradisional Jepun ini yang mempunyai air panas semulajadi (onsen), dan mempunyai bilik yang berkonsepkan Tatami. Huhu apa tuh? Itulah pengalaman tidur ala-ala Jepun atas lantai jer.
(4) Day 3 - Dari Gero kami ke akan ke Kota Takayama yang terletak di Pergunungan Hida. Paling special kami akan jalan-jalan pusing kota lama Takayama morning market sambil berpakaian tradisional Jepun, Yukata. Huhu cana la rupa yukata tu ya. Shaklee siap tunjukkan demo cara-cara nak pakai Yukata ni. Nampak senang je, tapiii berpeluh gak la nak bersiap.
(5) Dari Takayama, kami terus ke Perkampungan UNESCO Shirakawa-Go. Ya masih beryukata taww. View sangatttttt cantik sepanjang perjalanan ke sana dan semasa disana. Air sungai dan kawasan kampung sangat bersih dan damai.
(6) Day 4 - Hari ini bakal mendaki Gunung Tateyama, setinggi 3015m dengan 6 mode of transportation. Dari Gero - Gunung Hida- Tateyama, 3 jam 1/2 masa perjalanan. Trip yang ini perlukan kecergasan tahap suppa pawarr sebab banyak tukar-tukar transport. Dari naik bus-cable car-trolley bus merentas tunnel dalam Gunung Mt Tateyama. Paling wow dekat situ kita akan lihat keajaiban alam yang dipanggil Alpine route, di mana bermula mid April dan berakhir masa visit kita tu akan ada terbina snow wall. Kita akan lalu kat tengah-tengah snow wall tu. Selepas itu melawat empangan yang ada antara 2 gunung.

(7) Day 5 - Strawberry Picking di Ishihara Nojo. Petik dan makan Strawberi sampai puas. Syarat dia tak boleh tapau jer. Dah kenyang perut makan strawberi kemudian pergi ke Shiba Sakura Flower Festival at Fuji Motosu - Pink Moss pula.
Untuk lunch hati ini Shaklee bawa kami Lunch Di Ninja Restaurant. Huhu special dan limited edition ni sebab Restoran tu juga baru dibuka gak la. Dah kenyang, bergegas bas ke Tokyo untuk Gala Dinner - Malaysian Night di Imperial Hotel Tokyo.
Paling tak sabar nak meet in Person the Legendary of Kojima! 92 years old, insan yang menemukan NUTRIFERON. Very old dah tau. Dan bersama beliau turut hadir adalah President Shaklee Japan. Shaklee cuba arrange pre order if ada yang nak purchase product shaklee japan.
(8) Day 6 - Suprise dari Shaklee. Dari Visit Asakusa Kannon Temple, Nakamise Street Shaklee ubah kepada visit Shaklee Japan office dan juga Tokyo Tower. Macam best ajer. Dapat tengok satu Tokyo sambil dapat melawat Shaklee Office Japan. Best bestttt!
Lunch hari ni suppa special sebab dapat makan king crab. Ya Allah dapp amat. Ala-ala stimbot gitew. Pastu dapat aiskrim green tea yang sangat rare tapi suppa sedap. Harga masyaAllah,nasib Shaklee tolong bayarkan.
Petangnya Shaklee bawa Sumida River Tokyo Cruise dalam sejam naik cruise hingga sampai ke Odaiba Waterfront pulak untuk shopping sambil tengok Statue De Leberty. Habis shopping Dinner Indian food kita malam ni di Bombay Cafe. Kesedapannya sehingga menjilat jari. Alhamdulillah. Seriously sangat sedap. Harga makanan ni sekitar RM80 untuk seorang. Tapi tak per jangan risau. Sebab Shaklee dah tolong bayarkan untuk kami.
(9) Day 7 - Hari ni pepagi kami buat morning walk sekitar 1.5km dahulu di Hidiya Park Walk sebelum bertolak ke Tokyo Disneyland one whole day! Huhu dapat gak la balas dendam naik game yang tak dapat naik masa kat US dulu. Kali ni tak tunggu sampai tengok bunga api sebab nak jalan-jalan shoping diGinza Street. Kawasannya sangat besar. Tapi disinilah terletaknya butik butik jenama terkenal dunia. Memang Gah. Kalah kot Pavillion kat Malaysia. Sekadar cuci mata jer sambil lenguhkan otot kaki.
(10) Day 8 - Masa untuk pulang ke sarang.
Begitulah pengalaman manis cam chocolate kindeBueno dan rakan rakan sepanjang bercuti di Jepun. Sangat berpuas hati dan sangat happy. Tak puass. Tq Shaklee…Tq mr hubby…kalau ada rezeki nak repeat Japan lagi dengan family tersayang, in sha Allah
Haa ni baru kronolgi, dah berjela. 8 hari sib tak 10 hari. Jangan lupa baca cerita penuh pengalaman disetiap lokasi ya! Moga kawan-kawan dapat sesuatu. Klik jer kat setiap Day 1 sampai Day 7 tuh ya.