Selepas sejam bergerak dari airport, kami selamat sampai di Toki Premium Outlets. Dalam bas Tourist guide kami, Jimmy siap guide apa yang mahal dan apa yang berbaloi untuk dibeli. Hajat hati mulanya tak nak membeli, terjebak juga.
Sebelum naik bas, singgah Seven-Eleven jap untuk cari kudap-kudap pertama dibumi Jepun. Huhu. Kalau kengkawan ke Jepun, jangan lupa cari dan beli tau. Sedapppp amat!
Biskut Kapal yang sangat popular sepanjang leader Shaklee di Jepun. #TerlajakLaris |
Sementara tunggu kawan-kawan naik bas, kita cuci mata dengan view kat Toki Premium Outlet Jepun. |
Hotel Gero Suimeikan Hot Spring Resort
Seterusnya, bas bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Hotel Gero Suimeikan Hot Spring Resort. Di sepanjang perjalanan hutan masih penuh, sungai masih jernih ya amat. Boleh nampak sang ikan tau. Rasa nak terjun mandi pun ada. MasyaAllah sangat cantik dan sejuk jer mata memandang permandangan ciptaan Allah yang sangat indah ini. Pantang nampak permandangan cantik, tangan ni gatal jer nak snap.
![]() |
Alam sekitar yang masih terpelihara. Malaysia patut mencontohi Jepun |
GERO adalah salah satu daripada tiga tempat paling popular dengan hot spa panas semulajadi di Jepun. Hotel Suimeikan terletak di Gero dan merupakan salah satu yang terbaik. Terletak di tapak besar di tebing Sungai Hida, ia terdiri daripada 3 bangunan Rinsenkaku, Hisenkaku dan Sansuikaku serta Tea Ceremony House style Seiransou building. Huhu, boleh sesat tau dalam ni. Elak la daripada jalan sorang-sorang.
![]() |
Bilik kami di area Sansuikaku, bilik no. |
![]() |
Menunjukkan 3 bangunan Rinsenkaku, Hisenkaku dan Sansuikaku serta Tea Ceremony House style Seiransou building. |
Yang specialnya kat sini ialah Onsen, kolam daripada air panas belerang kawah gunung berapi. Seluruh Jepun akan datang sini untuk mandi sebab ia sangat bagus untuk kesihatan. Cuma kalau nak masuk dalam tu, tak boleh pakai walau seurat benang tau. Ada berrrranii? huhu Rasa orang Malaysia ni pemalu orang nya. Walau tempat lelaki dan perempuan berasingan, tetap malu ler kan. Yang pasti Suimeikan menjanjikan anda kepuasan dan kedamaian yang tenang sangat.
![]() |
Macam ni la rupa Onse Hotel Gero Suimeikan Hot Spring Resort tempat orang mandi berendam tuh - openbath giteww |
Ehh kami jumpa frame gambar yang menunjukkan Dr Mahathir Mohammad pun pernah menginap di Hotel ini semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia taw. Dasar Pandang ke Timur, siapa masih ingat?? |
Kami menginap selama 2 malam kat Gero Onsen Suimeikan (5 star) ini. Alhamdulillah rezeki buat leaders Japan Trip. Setiba di hotel, kami disambut oleh staff Shaklee yang mesra. Masa nak ambil kunci bilik, tadaaaa!! Dapat sepasang persalinan pakaian tradisional Jepun, Yukata (ala-ala kimono) beserta terompah kayu. Semua leader dikehendaki pakai esoknya semasa ke Takayama morning market dan Shirakawa-Go. Siap ada riben besar youu.
Jom kita layan sekejap bagaimana cara nak menggayakan Yukata ni. Kawan-kawan rasa senang ke senang? Nampak senang kan, tapi ketiak basah gak tauu nak bersiap. hihih
Sampai dibilik, tadaaaa ada surprise lagi buat kami. Shaklee dan surprise gift berpisah tiada. Masuk sahaja ke dalam bilik, dah nampak 2 bungkusan cantik di atas meja. Ada Instant Protein di balut berkonsep furoshiki. Wow!
Roommate Alin sepanjang di Jepun, Master Hafsah Mardhiah |
Kaiseki Dinner di Hotel Gero, Tea Ceremony House
![]() |
Lihat la! Budaya Jepun yang perlu sentiasa kita follow rapat-rapat dan contohiBerdisiplin, Teratur, Kemas, Bersih, Teliti |
![]() |
1st course kaiseki diner, lepas tu lupa dah nak amik gambar. kah kah kah korang rasa? |
Malam pertama di bumi Jepun, Shaklee raikan kami dengan Kaiseki Dinner di Hotel Gero Suimeikan. Opps Apa itu kaiseki Dinner?
Kaiseki adalah makan malam tradisional Jepun yang pelbagai. Ianya istimewa dan unik sebab ketelitian dalam mempersiapkan dan menyajikannya.
Menurut En. Google, Kaiseki selalunya sangat mahal - makan malam kaiseki di restoran-restoran tradisional teratas kosnya dari 15,000 yen ke atas 40,000 setiap orang (kira-kira AS $ 125 hingga $ 340 pada kadar pertukaran 2015), tanpa minuman. Nak tahu apa yang kami makan terjah sini.
Segak bergaya jer semua leader bergambar bersama Bersama Helen. President Shaklee Malayaia dengan Yukata Hotel
|
Lepas Kaiseki dinner, balik bilik jer dah terbentang Tatami kami. Tidur style Jepun kita malam ni. Tatami mat ialah tilam style Jepun yang biasa kita lihat dalam drama drama Jepun tu. Lena sangat tau berselimut tebal itu. Tapi, jangan tanya mengapa di tengah itu berlubang. Musykil sikit, anggap jer fesyen Jepun.
Masa untuk tidur. Alhamdulillah! nikmat sungguh tidur bertatami
|
Nantikan pengembaraan kami yang seterusnya ya! Yang pasti lebih menarik dan amazing. Percayalah! Bisnes Shaklee is ohsem!
Pengembaraan hari ke-3 kami di Jepun.
Travelog Shaklee Trip Japan 2017, Day 3 - Kota Takayama dan Shirakawa-Go
No comments:
Post a Comment