Alhamdulillah, 13hb May 2017 hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Since anak-anak ada aktiviti bowling di Alamanda hari ni terpaksa la omak packing awal dan kuar rumah seawal pagi.
Rancangannya anta omak awal supaya tak tantrum anak-anak nak ikut nanti. Tapi belum apa-apa anak-anak dah air mata. Adeh sayu plak. Tapi yang suprisenya bukan si kecik yang melalak, tapi akak-akak no.2 dan 3 yang drama air mata. Adehhh.
KLIA Airport
Seramai lebih kurang 130 orang Star Achievers yang berjaya tempah tiket ke trip Jepun tahun ini. Kami diterbangkan ke Jepun dengan 2 jenis penerbangan iaitu Singapore Airlines dan Thai Airways. Masing-masing transit di Changi Airport dan Suvarnabhumi Airport sekejap, sebelum terus menuju Chubu International Airport, Nagoya.
Sebelum Check in kami diberikan meals allowance sebanyak 12,000 yen (lebih kurang RM450) setiap orang. Check in jam 5.50 petang dan boarding lebih kurang jam 8.00 malam.
Sebelum Check in kami diberikan meals allowance sebanyak 12,000 yen (lebih kurang RM450) setiap orang. Check in jam 5.50 petang dan boarding lebih kurang jam 8.00 malam.
Kami transit di Bangkok sekejap dalam 2 jam. Then teruskan penerbangan ke Nagoya, Jepun lebih kurang 6 jam. Hajat hati nak layan movie tapi since penat membowling, terlena gak la. Tapi seawal 3 pagi dah kena kejut untuk breakfast. oishhi ... sedap cuma bila tetiba rasa rollercoster terus rasa tak berapa nak berselera. So tunggu masuk subuh, solat, baru layan movie.
Nagoya Airport, Japan
Lebih kurang jam dalam 6.30 pagi, kami selamat mendarat di Nagoya Airport. Ohayo gozaimasu, mina san la kita. Setel pemeriksaan imigresen ramai pakat-pakat ke toilet membersihkan diri.
Lepas tu kami berkumpul dan sarapan lagi. Breakfast Box Shaklee sediakan Onigiri with Salmon, Banana and Japanese Tea. yumm!
Ramai pakat-pakat tukar sim kad Jepun waktu ni. 5GB RM67 untuk satu sim kad, boleh dipakai dalam tempoh 7 hari. Kira ok lah. Murah dan berbaloi-baloi. Paling best servis dia ok gak, menurut tuan badan yang beli sim kad ni. Korang kalo nak beli boleh beli kat http://hello1010.my/japan-unicom-sim.
Kalau tak sempat beli dari Malaysia, boleh juga dapatkan poket wifi kat KLIA Airport (tapi kena booking dulu, pickup jer masa travel day) atau kat Nagoya, Japan Airport. So far alin guna yang kat Nagoya Airport dan alin bagi rate dalam 8/10, sebab ada masa line cam siput gak. Tapi dari tiada, syukur la. Tapi servis nak register dan pulangkan semula poket wifi tuh cepat dan mudah sangat. Maaf, rate tak ingat. Yang kat KLIA Airport punya kalau tak silap RM110.
Sebab dari Airport kami akan terus ke Toki Premium Outlet, Shaklee minta kami masukkan bag besar siap-siap ke dalam lori yang ditempah khas untuk bawa beg kami terus ke hotel dan parking siap-siap dalam bilik hotel masing-masing. Masuk je bilik bag dah tersedia sambut kita. Terbaik kan service trip Shaklee! Layanan VVIP.
Ok jom kita sambung kat entry baru tentang pengembaraan hari kedua kami di Jepun.
No comments:
Post a Comment