Wednesday, November 22, 2017

Shaklee Regional Incentive Trip Cruise Port Klang- Langkawi- Phuket- Penang - Port Klang, Nov 2017



Yehaaa, Wednes-yayyy yang dinantikan sudah tiba. Petang nanti mereka berempat dan business leaders yang lain akan travel with style selama 5 hari 4 malam, cruise di atas kapal Super Star Libra. Shaklee Regional Incentive Trip kali ni bakal bawa mereka merentasi ombak Selat Melaka, dari Port Klang- Langkawi- Phuket- Penang - Port Klang.

Setiap tahun Shaklee reward free trip untuk leader. Segala perbelanjaan perjalanan ditanggung sepenuhnya, siap dapat meal allowance lagi. Best ya amat kan?

Siapa yang tak suka kan pegi melancong secara PERCUMA? Bawa badan dan duit belanja jer yang lain Shaklee tanggung 100%, dari pengangkutan, penginapan dan makan minum. 

Bermula dengan hanya berkongsi dan bantu orang lain untuk tambah nilai sihat untuk diri, keluarga dan teman-teman serta bantu ekonomi keluarga sahaja. Kini mereka mampu merasa pengalaman melancong ke dalam/luar negara secara PERCUMA setiap tahun, with style tau. Siap boleh bawa anak yang berusia 4 tahun ke atas lagi. Jika ingin hadiahkan kepada mak & ayah juga boleh. Setiap tahun ada pilihan. Janji kita buat dan usaha sampai dapat!

Tuhan pun tak kata, 'travel' ni hanya untuk orang yang kaya sahaja. Jadi mengembaralah!

Buat Puteri YusofAishah AminNurulaini Abdul Wahid dan Aliyah, enjoy your "Me Time" ya. Freshen up, rise and shine. Kasi bakar rentung kami di darat ni untuk bangkit kaw kaw fight trip tahun depan pula.

May the force be with all of us!

In shaa Allah, tahun depan lebih ramai lagi anak cucu cicit Success Super Mommies akan turut serta dalam trip free VVIP 5 Star dari Shaklee. Aamiin.

Alin dah ke Japan masa bulan May hari tuh (Baca Travelog Japan di sini). So kali ini bagi mereka pula enjoy sakan. Aarghhh mereka tak naik lagi kapal pun dah start jeles ni. Punya terasa tau aura trip shaklee ni. Best ya amatt. Dah join sekali nak berkali-kali. Seriyessss.

Ada yang berminat nak join bisnes Shaklee dan menikmati apa yang mereka dapat tak? Meh roger Alin ya, we raising together!

Sunday, November 19, 2017

Korek Rahsia Mentor naik "Roller Coster Kehidupan" sepanjang lebih 27 tahun bersama Shaklee




Hari ini berjemaah bersama Master Aishah Amin dan Master to be Widad, menyantuni ayahanda Haji Roslan Ghazali dan Ummi Fauziah Ismail di MVO, Embun Kemensah yang tenang dan mendamaikan itu.

Banyak benda yang kami korek dan belajar dari sudut pengalaman jatuh bangun mereka dalam biz sehingga kini.

Seperti bayi, bisnes pun perlu proses. Merangkak dulu. Berjalan dulu. Kemudian barulah berlari. Hanya saja sebahagian orang tidak sabar dengan prosesnya dan jatuh-bangunnya. Fikirkanlah! Hari ini, mereka terus bangkit menjadi tunggak dan berdiri di barisan paling hadapan.

Benarlah, untuk sebuah manisnya kejayaan, pengorbanan sudah pasti perlu digenggam.
Mari berjuang!

Jika terasa diri mula lari fokus dalam apa jua kita lakukan, cari lah mentor untuk tarik kita naik ke atas semula untuk berada dalam radar yang betul!

Begitulah.

Monday, November 13, 2017

Korang Tahu tak - Apa itu Kaiseki Dinner?





Kaiseki Dinner?

Kaiseki adalah makan malam tradisional Jepun yang pelbagai. Ianya istimewa dan unik sebab ketelitian dalam mempersiapkan dan menyajikannya. 

Menurut En. Google, Kaiseki selalunya sangat mahal - makan malam kaiseki di restoran-restoran tradisional teratas kosnya dari 15,000 yen ke atas 40,000 setiap orang (kira-kira AS $ 125 hingga $ 340 pada kadar pertukaran 2015), tanpa minuman.


Pada asalnya, kaiseki terdiri daripada satu mangkuk miso sup dan tiga hidangan sampingan; ini bukannya bentuk standard masakan ala-Jepun secara amnya, disebut sebagai セ ッ ト (setto, "set").

Kaiseki telah berkembang untuk merangkumi hidangan pembuka, sashimi, hidangan yang dipanggang, hidangan panggang, dan hidangan kukus, selain hidangan lain mengikut kebijaksanaan chef.
  • Sakizuke (先 附): pembuka selera yang serupa dengan amuse-bouche Perancis.
  • Hassun (八寸): kursus kedua, yang menetapkan tema bermusim. Biasanya satu jenis sushi dan beberapa hidangan sampingan yang lebih kecil.
  • Mukōzuke (向 付): hidangan irisan sashimi bermusim.
  • Takiawase (煮 合): sayur-sayuran yang disajikan dengan daging, ikan atau tauhu; bahan-bahan tersebut dipulas secara berasingan.
  • Naka-choko (中 猪 口): pembersih palat lainnya; boleh menjadi sup, ringan berasid.
  • Futamono (蓋 物): "hidangan lidded"; biasanya sup.
  • Yakimono (焼 物): (1) makanan api-panggang (ikan esp); (2) tembikar, tembikar, cina.
  • Su-zakana (酢 肴): hidangan kecil yang digunakan untuk membersihkan lelangit, seperti sayuran dalam cuka; vinegared appetizer.
  • Hiyashi-bachi (冷 し 鉢): berkhidmat hanya pada musim panas; sayuran, sayuran ringan yang dimasak.
  • Shiizakana (強 肴): hidangan yang besar, seperti periuk panas.
  • Mizumono (水 物): pencuci mulut bermusim; mungkin buah, gula, ais krim, atau kek.
  • Gohan (御 飯): hidangan beras yang dibuat dengan bahan-bahan bermusim.
  • Kō no mono (香 の 物): sayur-sayuran jeruk bermusim.
  • Tome-wan (止 椀): sup berasaskan miso atau sayur-sayuran yang disajikan dengan nasi.

Banyak kan?

Travelog Shaklee Trip Japan 2017, Day 2 - Toki Premium Outlet dan Hotel Gero Suimeikan Hot Spring Resort

Toki Premium Outlet

Selepas sejam bergerak dari airport, kami selamat sampai di Toki Premium Outlets. Dalam bas Tourist guide kami, Jimmy siap guide apa yang mahal dan apa yang berbaloi untuk dibeli. Hajat hati mulanya tak nak membeli, terjebak juga. 



Sebelum naik bas, singgah Seven-Eleven jap untuk cari kudap-kudap pertama dibumi Jepun. Huhu. Kalau kengkawan ke Jepun, jangan lupa cari dan beli tau. Sedapppp amat!


Biskut Kapal yang sangat popular sepanjang leader Shaklee di Jepun. #TerlajakLaris


Sementara tunggu kawan-kawan naik bas, kita cuci mata dengan view kat Toki Premium Outlet Jepun. 



Hotel Gero Suimeikan Hot Spring Resort
Seterusnya, bas bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Hotel Gero Suimeikan Hot Spring Resort. Di sepanjang perjalanan hutan masih penuh, sungai masih jernih ya amat. Boleh nampak sang ikan tau. Rasa nak terjun mandi pun ada. MasyaAllah sangat cantik dan  sejuk jer mata memandang permandangan ciptaan Allah yang sangat indah ini. Pantang nampak permandangan cantik, tangan ni gatal jer nak snap.
Alam sekitar yang masih terpelihara. Malaysia patut mencontohi Jepun

GERO adalah salah satu daripada tiga tempat paling popular dengan hot spa panas semulajadi di Jepun. Hotel Suimeikan terletak di Gero dan merupakan salah satu yang terbaik. Terletak di tapak besar di tebing Sungai Hida, ia terdiri daripada 3 bangunan Rinsenkaku, Hisenkaku dan Sansuikaku serta Tea Ceremony House style Seiransou building. Huhu, boleh sesat tau dalam ni. Elak la daripada jalan sorang-sorang.


Bilik kami di area Sansuikaku, bilik no.
Menunjukkan 3 bangunan Rinsenkaku, Hisenkaku dan Sansuikaku serta Tea Ceremony House style Seiransou building.
Yang specialnya kat sini ialah Onsen, kolam daripada air panas belerang kawah gunung berapi. Seluruh Jepun akan datang sini untuk mandi sebab ia sangat bagus untuk kesihatan. Cuma kalau nak masuk dalam tu, tak boleh pakai walau seurat benang tau. Ada berrrranii? huhu Rasa orang Malaysia ni pemalu orang nya. Walau tempat lelaki dan perempuan berasingan, tetap malu ler kan. Yang pasti Suimeikan menjanjikan anda kepuasan dan kedamaian yang tenang sangat.
Macam ni la rupa Onse Hotel Gero Suimeikan Hot Spring Resort tempat orang mandi berendam tuh - openbath giteww

Ehh kami jumpa frame gambar yang menunjukkan Dr Mahathir Mohammad pun pernah menginap di Hotel ini semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia taw.
Dasar Pandang ke Timur, siapa masih ingat??


Kami menginap selama 2 malam kat Gero Onsen Suimeikan (5 star) ini. Alhamdulillah rezeki buat leaders Japan Trip. Setiba di hotel, kami disambut oleh staff Shaklee yang mesra. Masa nak ambil kunci bilik, tadaaaa!! Dapat sepasang persalinan pakaian tradisional Jepun, Yukata (ala-ala kimono) beserta terompah kayu. Semua leader dikehendaki pakai esoknya semasa ke Takayama morning market dan Shirakawa-Go. Siap ada riben besar youu.



Jom kita layan sekejap bagaimana cara nak menggayakan Yukata ni. Kawan-kawan rasa senang ke senang? Nampak senang kan, tapi ketiak basah gak tauu nak bersiap. hihih




Sampai dibilik, tadaaaa ada surprise lagi buat kami. Shaklee dan surprise gift berpisah tiada. Masuk sahaja ke dalam bilik, dah nampak 2 bungkusan cantik di atas meja. Ada Instant Protein di balut berkonsep furoshiki. Wow!




Roommate Alin sepanjang di Jepun, Master Hafsah Mardhiah

Kaiseki Dinner di Hotel Gero, Tea Ceremony House



Lihat la! Budaya Jepun yang perlu sentiasa kita follow rapat-rapat dan contohiBerdisiplin, Teratur, Kemas, Bersih, Teliti 


1st course kaiseki diner, lepas tu lupa dah nak amik gambar. kah kah kah korang rasa?

Malam pertama di bumi Jepun, Shaklee raikan kami dengan Kaiseki Dinner dHotel Gero Suimeikan. Opps Apa itu kaiseki Dinner?



Kaiseki adalah makan malam tradisional Jepun yang pelbagai. Ianya istimewa dan unik sebab ketelitian dalam mempersiapkan dan menyajikannya. 

Menurut En. Google, Kaiseki selalunya sangat mahal - makan malam kaiseki di restoran-restoran tradisional teratas kosnya dari 15,000 yen ke atas 40,000 setiap orang (kira-kira AS $ 125 hingga $ 340 pada kadar pertukaran 2015), tanpa minuman. Nak tahu apa yang kami makan terjah sini.

Segak bergaya jer semua leader bergambar bersama Bersama Helen. President Shaklee Malayaia dengan Yukata Hotel

Lepas Kaiseki dinner, balik bilik jer dah terbentang Tatami kami. Tidur style Jepun kita malam ni. Tatami mat ialah tilam style Jepun yang biasa kita lihat dalam drama drama Jepun tu. Lena sangat tau berselimut tebal itu. Tapi, jangan tanya mengapa di tengah itu berlubang. Musykil sikit, anggap jer fesyen Jepun.

Masa untuk tidur. Alhamdulillah!  nikmat sungguh tidur bertatami

Nantikan pengembaraan kami yang seterusnya ya! Yang pasti lebih menarik dan amazing. Percayalah! Bisnes Shaklee is ohsem! 

Pengembaraan hari ke-3 kami di Jepun.
Travelog Shaklee Trip Japan 2017,  Day 3 -  Kota Takayama dan Shirakawa-Go

Travelog Shaklee Trip Japan 2017, Day 1 - Travel Day dan Day 2 Touch Down Japan

Alhamdulillah, 13hb May 2017 hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Since anak-anak ada aktiviti bowling di Alamanda hari ni terpaksa la omak packing awal dan kuar rumah seawal pagi. 

Rancangannya anta omak awal supaya tak tantrum anak-anak nak ikut nanti. Tapi belum apa-apa anak-anak dah air mata. Adeh sayu plak. Tapi yang suprisenya bukan si kecik yang melalak, tapi akak-akak no.2 dan 3 yang drama air mata. Adehhh.

KLIA Airport

Seramai lebih kurang 130 orang Star Achievers yang berjaya tempah tiket ke trip Jepun tahun ini. Kami diterbangkan ke Jepun dengan 2 jenis penerbangan iaitu Singapore Airlines dan Thai Airways. Masing-masing transit di Changi Airport dan Suvarnabhumi Airport sekejap, sebelum terus menuju Chubu International Airport, Nagoya.

Sebelum Check in kami diberikan meals allowance sebanyak 12,000 yen (lebih kurang RM450) setiap orang. Check in jam 5.50 petang dan boarding lebih kurang jam 8.00 malam.
Kami transit di Bangkok sekejap dalam 2 jam. Then teruskan penerbangan ke Nagoya, Jepun lebih kurang 6 jam. Hajat hati nak layan movie tapi since penat membowling, terlena gak la. Tapi seawal 3 pagi dah kena kejut untuk breakfast. oishhi ... sedap cuma bila tetiba rasa rollercoster terus rasa tak berapa nak berselera. So tunggu masuk subuh, solat, baru layan movie.


Nagoya Airport, Japan



Lebih kurang jam dalam 6.30 pagi, kami selamat mendarat di Nagoya Airport. Ohayo gozaimasu, mina san la kita. Setel pemeriksaan imigresen ramai pakat-pakat ke toilet membersihkan diri.

Lepas tu kami berkumpul dan sarapan lagi. Breakfast Box Shaklee sediakan Onigiri with Salmon, Banana and Japanese Tea. yumm!

Ramai pakat-pakat tukar sim kad Jepun waktu ni. 5GB RM67 untuk satu sim kad, boleh dipakai dalam tempoh 7 hari. Kira ok lah. Murah dan berbaloi-baloi. Paling best servis dia ok gak, menurut tuan badan yang beli sim kad ni. Korang kalo nak beli boleh beli kat http://hello1010.my/japan-unicom-sim

Kalau tak sempat beli dari Malaysia, boleh juga dapatkan poket wifi kat KLIA Airport  (tapi kena booking dulu, pickup jer masa travel day) atau kat Nagoya, Japan Airport. So far alin guna yang kat Nagoya Airport dan alin bagi rate dalam 8/10, sebab ada masa line cam siput gak. Tapi dari tiada, syukur la. Tapi servis nak register dan pulangkan semula poket wifi tuh cepat dan mudah sangat. Maaf, rate tak ingat. Yang kat KLIA Airport punya kalau tak silap RM110.









Sebab dari Airport kami akan terus ke Toki Premium Outlet, Shaklee minta kami masukkan bag besar siap-siap ke dalam lori yang ditempah khas untuk bawa beg kami terus ke hotel dan parking siap-siap dalam bilik hotel masing-masing. Masuk je bilik bag dah tersedia sambut kita. Terbaik kan service trip Shaklee! Layanan VVIP.  




Ok jom kita sambung kat entry baru tentang pengembaraan hari kedua kami di Jepun.


Sunday, November 12, 2017

Travelog Shaklee Trip Japan - 2017 Day1 hingga Day 8

Sejak Presiden Shaklee, Halen Lam kongsikan itinerary Japan Trip masa Trip Shaklee Langkawi pada Oktober 2016, hati ini tak boleh tahan naww nak fight fight pulun sehabis hujung nafas untuk dapat tiket ke Jepun sepanjang cycle 2016/2017.

Alhamdulillah, Allah lorongkan rezeki untuk 1 tiket. Huhu memang rasa nak menangis tau rasa bila lepas. Sujud syukur sangat. Terima kasih juga buat Mr. Surihati, sudi berikan keizinan untuk melangkah berkilometer menikmati tour hampir keliling tempat menarik diJepun, dari Nagoya ke Tokyo. Cer google map Jepun dan tengok sendiri demograpic kawasan.



Excitedddddd sangat!


(1) Day 1 - Ni kira travel day dari KLIA-Bangkok-Nagoya. Check in jam 5.50 petang dan boarding lebih kurang jam 8.00 malam. Kami transit kat Bangkok, hilang 1 jam dari masa Malaysia. Huhu

 

(2) Day 2 - Kami tiba kat Nagoya Airport dalam 6.30 pagi tapi siang cerah cam dah 9.30 pagi taw. Sesampai airport serah bag masuk lori untuk hantar ke Hotel. Tuan badan masuk bas untuk segar-segarkan urat kaki tangan dan mata di Toki Premium Outlet, shopping apa yang patut sebelum redah gunung ganang untuk masuk kampung-kampung Tradisional diJepun. Shaklee awal-awal dah pesan supaya semua 
"Dont be a TOURIST (PELANCONG), But be a TRAVELLER (PENGEMBARA)!"

(3) Memula kami akan bermalam di GERO adalah salah satu daripada tiga tempat paling terkenal dengan hot spa panas semulajadi di Jepun. Hotel Suimeikan terletak di Gero dan merupakan salah satu yang terbaik. Hotel tradisional Jepun ini yang mempunyai air panas semulajadi (onsen), dan mempunyai bilik yang berkonsepkan Tatami. Huhu apa  tuh? Itulah pengalaman tidur ala-ala Jepun atas lantai jer. 



(4) Day 3 - Dari Gero kami ke akan  ke Kota Takayama yang terletak di Pergunungan Hida. Paling special kami akan jalan-jalan pusing kota lama Takayama morning market sambil berpakaian tradisional Jepun, Yukata. Huhu cana la rupa yukata tu ya. Shaklee siap tunjukkan demo cara-cara nak pakai Yukata ni. Nampak senang je, tapiii berpeluh gak la nak bersiap.



(5) Dari Takayama, kami terus ke Perkampungan UNESCO Shirakawa-Go. Ya masih beryukata taww. View sangatttttt cantik sepanjang perjalanan ke sana dan semasa disana. Air sungai dan kawasan kampung sangat bersih dan damai.



(6) Day 4 - Hari ini bakal mendaki Gunung Tateyama, setinggi 3015m dengan 6 mode of transportation. Dari Gero - Gunung Hida- Tateyama, 3 jam 1/2 masa perjalanan. Trip yang ini perlukan kecergasan tahap suppa pawarr sebab banyak tukar-tukar transport. Dari naik bus-cable car-trolley bus merentas tunnel dalam Gunung Mt Tateyama. Paling wow dekat situ kita akan lihat keajaiban alam yang dipanggil Alpine route, di mana bermula mid April dan berakhir masa visit kita tu akan ada terbina snow wall. Kita akan lalu kat tengah-tengah snow wall tu. Selepas itu melawat empangan yang ada antara 2 gunung.



(7) Day 5 - Strawberry Picking di Ishihara Nojo. Petik dan makan Strawberi sampai puas. Syarat dia tak boleh tapau jer. Dah kenyang perut makan strawberi kemudian pergi ke Shiba Sakura Flower Festival at Fuji Motosu - Pink Moss pula. 




Untuk lunch hati ini Shaklee bawa kami Lunch Di Ninja Restaurant. Huhu special dan limited edition ni sebab Restoran tu juga baru dibuka gak la. Dah kenyangbergegas bas ke Tokyo untuk Gala Dinner - Malaysian Night di Imperial Hotel Tokyo. 



Paling tak sabar nak meet in Person the Legendary of Kojima! 92 years old, insan yang menemukan NUTRIFERON. Very old dah tau. Dan bersama beliau turut hadir adalah President Shaklee Japan. Shaklee cuba arrange pre order if ada yang nak purchase product shaklee japan.


(8) Day 6 - Suprise dari Shaklee. Dari Visit Asakusa Kannon Temple, Nakamise Street Shaklee ubah kepada visit Shaklee Japan office dan juga Tokyo Tower. Macam best ajer. Dapat tengok satu Tokyo sambil dapat melawat Shaklee Office Japan. Best bestttt!


Lunch hari ni suppa special sebab dapat makan king crab. Ya Allah dapp amat. Ala-ala stimbot gitew. Pastu dapat aiskrim green tea yang sangat rare tapi suppa sedap. Harga masyaAllah,nasib Shaklee tolong bayarkan.

Petangnya Shaklee bawa Sumida River Tokyo Cruise dalam sejam naik cruise hingga sampai ke Odaiba Waterfront pulak untuk shopping sambil tengok Statue De Leberty. Habis shopping Dinner Indian food kita malam ni di Bombay Cafe. Kesedapannya sehingga menjilat jari. Alhamdulillah. Seriously sangat sedap. Harga makanan ni sekitar RM80 untuk seorang. Tapi tak per jangan risau. Sebab Shaklee dah tolong bayarkan untuk kami.

(9) Day 7 - Hari ni pepagi kami buat morning walk sekitar 1.5km dahulu di Hidiya Park Walk sebelum bertolak ke Tokyo Disneyland one whole day! Huhu dapat gak la balas dendam naik game yang tak dapat naik masa kat US dulu. Kali ni tak tunggu sampai tengok bunga api sebab nak jalan-jalan shoping diGinza Street. Kawasannya sangat besar. Tapi disinilah terletaknya butik butik jenama terkenal dunia. Memang Gah. Kalah kot Pavillion kat Malaysia. Sekadar cuci mata jer sambil lenguhkan otot kaki.



(10) Day 8 - Masa untuk pulang ke sarang. 


Begitulah pengalaman manis cam chocolate kindeBueno dan rakan rakan sepanjang bercuti di Jepun. Sangat berpuas hati dan sangat happy. Tak puass. Tq Shaklee…Tq mr hubby…kalau ada rezeki nak repeat Japan lagi dengan family tersayang, in sha Allah
Haa ni baru kronolgi, dah berjela. 8 hari sib tak 10 hari. Jangan lupa baca cerita penuh pengalaman disetiap lokasi ya! Moga kawan-kawan dapat sesuatu. Klik jer kat setiap Day 1 sampai Day 7 tuh ya.

Saturday, November 11, 2017

Mahu Melancong PERCUMA Setiap Tahun?

Di Shiragawa Go
Perkampungan yang mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai
kampung bersejarah dan tercantik di Jepun.

Sangat-sangat teruja setiap kali nak berkongsi kisah rahsia FREE trip bersama Shaklee. Siapa yang tak suka pegi melancong secara PERCUMA?! Bawa badan dan duit belanja jer yang lain Shaklee tanggung 100%, dari pengangkutan, penginapan dan makan minum. Tahun ni masuk tahun ke-6 kami dapat reward dari Shaklee. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas setiap rezekiMu ini, Bermula dengan hanya berkongsi dan membantu orang lain untuk berjaya dalam perjalanan penyusuan dan kesihatan, Kini saya mampu merasa pengalaman melancong ke dalam/luar negara secara PERCUMA setiap tahun. Best ke best?!

:: 2012 ::
  • National trip, 1 tiket Langkawi Westin
:: 2013 ::
  • International trip, 2 tiket Umrah & Dubai
:: 2014 ::
  • National trip, 2 tiket Sunway Resort 
  • International trip, 4 tiket Long Beach, Los Angeles dan San Francisco 
:: 2015 :: 
  • National trip, 3 tiket Palance of Golden Horses
  • International trip, 2 tiket Umrah & Abu Dhabi
:: 2016 :: 
  • National trip, 4 tiket Langkawi Westin
:: 2017 :: 
  • International trip, 1 tiket Japan

Tahun 2015, kami hadiahkan Shaklee International Trip kepada kedua ibu bapa kami untuk trip UMRAH/Abu Dhabi pada 6-16 Dec 2015 ni (11 hari 10 malam - 3n Abu Dhabi, 3n Madinah dan 4n Mekah). Mak dan ayah sangat teruja dan happy sangat serta mendoakan agar dapat bercuti lagi bersama Shaklee.




Tahun depan, ‪#‎seeyouinBangkok untuk regional trip atau #MediterraneanCruise / Umrah.  Jom jom siapa nak rasa pengalaman melancong ke luar negara secara PERCUMA setiap tahun? Ala-ala honeymoon anda bersama suami atau percutian tahunan keluarga. Jika ingin hadiahkan kepada mak & ayah juga boleh. Setiap tahun anda ada pilihan. Best ke Best?



Tepat sangat lah kalau anda join sekarang!
PELUANG BISNES SHAKLEE secara sambilan atau sepenuh masa


:: Berminat untuk order dan / atau sertai kami? Hubungi saya ::

Azlin
Call / Whatsapp / SMS / Telegram : 019-2682709  
Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com
COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM